Tuesday, July 20, 2010

Arowana: Ikan Hiasan Bernilai Tinggi
















Pengenalan


Arowana Asia atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Malaysia sebagai "ikan kelisa" serta "Dragon Fish" oleh sesetengah masyarakat Cina khususnya dan "Dragon Bonytongues" oleh para pengekspot/pengimpot ikan-ikan hiasan amnya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana, spesis ini mampu mempamirkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi!
Asian Arowana (dilindungi oleh CITES- spesis diancam kepupusan) diantaranya adalah Kelisa emas (Malaysian Golden / crossback / highback), Super Red, Banjar Red dan Yellow Green Tail Arowana.
CITES telah diasaskan dan telah ditandatangani di Geneva, Switzerland pada penghujung tahun 70'an secara bersama oleh beberapa buah negara yang menggariskan spesis Arowana Asia (Scleropages formosus) sebagai spesis fauna yang paling dilindungi (Appendix 1 akta CITES), sekaligus membasmi daripada terus diancam kepupusan.
Di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam memantau segala aktiviti-aktiviti yang membabitkan spesis fauna air tawar yang dilindungi ini. Untuk tujuan pembiakan komersial pula, para bakal pembiak lazimnya harus memiliki sekurang-kurangnya 50-80 ekor baka ternak asal bagi melayakkan usaha mereka untuk membiakkan arowana Asia dan seterusnya melaksanakan aktiviti pemasaran domestik, mengimpot atau mengekspot.



No comments:

Post a Comment