Wednesday, July 21, 2010

Sistem Pawah Arowana @ profit sharing system











Sistem pawah atau
(profit sharing system) adalah satu sistem yang melibatkan perkongsian antara
pengusaha dan pembeli. Dalam sistem pawah arowana, pembeli akan membeli induk dari pengusaha dan induk tersebut akan ditempatkan di dalam kolam milik pengusaha. Seterusnya induk tersebut akan dipelihara oleh pengusaha dan segala kos makanan, penyelenggaraan dan sebagainya akan ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha. Jadi pembeli hanya perlu mengeluarkan modal sekali sahaja iaitu membayar harga induk ikan. Induk yang berada di dalam kolam milik pengusaha itu merupakan harta atau aset kepada pembeli. Setiap 55 hari sekali pengusaha akan melakukan proses tuaian (harvest) untuk memastikan ada hasil ataupun tidak dengan memeriksa mulut induk. Sekiranya ada hasil, ia akan dibahagikan sama rata iaitu 50:50 di antara pengusaha dan pembeli.

No comments:

Post a Comment